twitterAF

Akeef @ Taman Desa Waterpark Part 1

Ni 2 minggu lepas. Kak Cik datang rumah Akeef cuti Wesak hari jumaat. Sabtu kita gi mandi kat Taman Desa Waterpark.

Ni depan rumah. Jam 9.30 pagi. Dah nak bertolak dah ni.


Singgah kat Restoren Anis Putri Pantai Dalam dulu. Mama mengidam nak makan laksam. Akeef ikut je. Restoren ni femes jugak kat Pantai Dalam. Masakan ala-ala Pantai Timur.


Lepas makan kita bertolak ke Taman Desa Waterpark. Dekat je. Dalam 10 minit je. Jam 10.45 kita sampai dah.


Last year dah datang sini. Free sebab ikut Family Day Office Mama. Ni datang sendiri. Baba, Mama & Kak Cik kena bayar tiket. Akeef macam biasa, Free lagi.


Waktu sampai orang dah ramai. Takde tempat duduk tepi kolam. So, duduk kat kerusi yang jauh la sikit. Next time kalau nak datang, pastikan sampai sini jam 10 pagi. Baru dapat tempat duduk depan kolam.




Sebelum mandi, test air dulu. Air ok je, Jom mandi!


Satu-satunya gambar dengan baba!


Kita duduk depan tempat simpan barang. Locker untuk simpan barang harga RM2 untuk sekali simpan. Kita ambik satu locker.


Gambar mandi? Takde. Baba simpan kamera dalam locker. So takde gambar main2 air la. Salah strategi la baba ni.


2 comments:

Anonymous said...

Cantik gambar awak.

Nurshamimi Hidayah said...

kite rasa nak gi mandi manda. berapa harga tiket masuk sana. tengok macam best.

Blog Widget by LinkWithin