twitterAF

Panggilan Bom Palsu

Semalam Akeef gi school macam biasa. Belajar menulis conteng-conteng kertas. Waktu makan petang dalam pukul 3 lebih, untie-untie kat school suruh semua orang keluar dari school. Kita semua keluar ke main enterance. Kemudian ada bas datang ambil bawa semua ke kawasan lapang tempat parking Pusat Sains Negara.



Rupa-rupanya ada panggilan yang kata ada Bom kat bangunan school Akeef. Mama pun call Baba untuk ambil kita balik. So, semalam balik awal la.

Ni petikan dari sumber berita BERNAMA:

Polis Sahkan Seorang Lelaki Buat Panggilan Palsu
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Polis mengesahkan bahawa seorang lelaki telah membuat panggilan palsu berhubung penemuan bom di bangunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Bukit Kiara di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata panggilan tersebut dibuat kira-kira pukul 3 petang oleh lelaki berkenaan menerusi talian 999.

Sejurus mendapat maklumat, sepasukan polis dari unit pemusnah bom Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur (IPK KL) bersama-sama sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Sri Hartamas bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan pemeriksaan.

"Pemeriksaan selama satu jam setengah yang bermula pada pukul 3.30 petang dari tingkat satu hingga tingkat lima bangunan tersebut tidak menemui bahan letupan itu.

"Pihak polis akan cuba mengesan lokasi lelaki tersebut melalui talian 999 dan data yang direkodkan," katanya ketika dihubungi.

Beliau menasihati kakitangan di pejabat itu agar berhati-hati jika ternampak sebarang bungkusan yang mencurigakan di bangunan tersebut dan terus menghubungi pihak berkuasa.


Bawah ni pulak petikan dari Business Times:

Bomb scare drama at Securities Commission
THERE was high drama at the Securities Commission in Bukit Kiara, Kuala Lumpur, yesterday, as its occupants were evacuated after receiving an anonymous bomb threat.

"We got the call about a bomb at around 3.15pm. All staff were then evacuated. Police and firemen are searching the place now," SC senior general manager and head of corporate affairs Abdul Jalil Hamid told Business Times when contacted at around 4.40pm.

The drama ended at around 6pm, however, with the authorities declaring that no traces of a bomb were found after combing the six-storey building.

It is learnt that an employee in the investigation department received the bomb threat call.
Most staff had to leave for home using public transport as they were not allowed to enter the building area to get their vehicles during the bomb sweep.

Some 600 people work at the SC headquarters.


Kenapa pulak keluar dalam Business Times? School Akeef buat business ape ek?

Alhamdulillah, panggilan palsu saja. Hari ni dapat gi school macam biasa. Yiiii haaaaa.. Yabedabedu...

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin