twitterAF

Akeef Balik Kampung

Cuti panjang sempena Raya Cina tahun ni kita balik kampung lagi. Pagi sabtu jam 7.30 bertolak dari rumah. Macam biasa, sebelum bertolak mesti kena ambik gambar dulu. Ni dah ready dengan tilam dan bantal.


Mula-mula Baba singgah kat Petronas Karak, ingat nak breakfast sana, tapi orang ramai sangat. So baba beli kuih sikit kat situ then terus ikut laluan Mempaga. Singgah makan kat Surau Chinta Manis, sebelum Mempaga.


Lepas Breakfast, sambung perjalanan sampai Kuala Lipis. Singgah kat Masjid Berchang pulak. Baba berhenti rehat kat situ lebih kurang sejam. Jam 1.00 bertolak balik. Jalan ok. Tak jem.

Jam 3.30 singgah makan kat Gunung Sejuk, Gua Musang. Dekat dengan R&R Gua Musang. Tempat ni favourite Mama dan Baba. Macam biasa la. Nasi sup dan ulam-ulam.


Lepas tu singgah lagi kat Masjid Kampung Belukar untuk Jamak Taakhir. Sampai rumah Jam 6.30 petang. 11 jam lebih kurang. Lama jugak tu.

Ni hari kedua. Sempat jumpa sepupu baru. Nama sepupu akeef ni Mariam Husna.






Hari ketiga gi melawat Uncle Mat. So sad..


Ni Akeef sedih lagi ni..


Hari keempat kejar ayam belakang rumah Tok Bah dulu.


Pastu gi klinik Jeram. Timbang 10 kilo lebih je. ishh... 6 bulan lepas pun sama jugak. Tak naik-naik.


Hari kelima nak balik KL dah. Awal pagi lagi dah siap-siap. Macam biasa, sebelum bertolak mesti ambik gambar dulu. :)


Singgah kat tapak Markaz al-Aitam sekejap. Baba ada projek khas anak yatim kat sini.


Sampai KL jam 7.30 malam. jalan ok, kecuali kat Bandar Raub dan Bandar Bentong. Jem teruk. Tempat lain ok je. Next time mungkin terus ikut mempaga. Aman damai tak jem.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin