Cuti Maulidurrasul. Ready nak gi Carrefour. Mama dan Baba nak gi shopping untuk beli barang-barang nak ke Port Dickson lepas Solat Jumaat nanti.
Rabbit & Hamster!
Sebelum balik singgah naik kereta dulu.
Jemputan ke Majlis Jamuan Sambil Menderma Untuk Menyiapkan Bangunan dan Menguruskan Anak-anak Yatim MARKAZ AL-AITAM
Tarikh : 20 Februari 2010 (Sabtu)
Masa : 12.00 Tengahari - 7.00 Petang
Tempat : Tapak Bangunan Markaz al-Aitam, Lot 390, Mukim Kg. Wakaf, Padang Pak Amat, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
Majlis akan dirasmikan oleh YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
INFO MARKAZ AL-AITAM:Markaz al-Aitam terletak di alamat Lot 390, Mukim Kg. Wakaf, Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan. Markaz al-Aitam ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga dan mendidik anak-anak yatim dari usia 7 tahun hingga 17 tahun dengan sasaran seramai 40-50 orang pelajar tanpa dikenakan sebarang bayaran ke atas anak-anak yatim tersebut.
Markaz al-Aitam didirikan di tapak seluas 1.5 hektar dengan cadangan mendirikan 1 bangunan 3 tingkat (Pusat pengajian, Penginapan, perpustakaan, pusat internet dan dewan), sebuah masjid, pejabat urusan, rumah guru dan kakitangan, medan kereta dan taman rehat. Buat masa sekarang, bangunan penginapan masih dalam proses pembinaan dan dijangka dapat digunakan pada hujung tahun ini.Marilah kita sama-sama menyokong usaha murni ini agar ianya berjaya sekaligus menjadi saham akhirat kepada kita semua.
Sumbangan dan derma bolehlah disalurkan terus ke akaun Bank Islam, cawangan Pasir Puteh atas nama Markaz al-Aitam dengan no akaun: 03090010042421
Sebarang pertanyaan dan keterangan bolehlah dibuat dengan menghubungi Haji Mohd Nordin Ismail (Pengerusi Markaz al-Aitam merangkap Tuan Imam Kg. Permatang Gading. H/P: 019-9675378) dan Haji Nik Yusof Nik Abdullah (Setiausaha H/P: 019-9503388)
Look Who's Talking Now! All Rights Reserved. Blogger Template created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by Skinpress | Supported by Dante Araujo