Petang jumaat baru ni Akeef gi Genting Highland. Akeef ikut mama dan baba saja-saja jalan-jalan Genting Highland. Duk kat Awana Condominium. Sampai sana dah nak maghrib. Pastu Baba Mishkah sampai dengan Mama Mishkah, Mishkah, Fajar dan Muhammad.
Tengahari sabtu kita keluar nak naik skyway. Tunggu shuttle bus Awana-Skyway kat depan lobby Awana Hotel. Lama jugak tunggu. Ada la 25 minit. 1.15 baru bas sampai. Pastu ke stesyen skyway. Baba beli tiket return RM10 sorang. Akeef free je. Tak tau la kenapa. Sebab yang jaga skyway tu kenal Akeef kot.
Beratur nak masuk skyway lama sangat. Mula-mula Akeef duk atas bahu mama, sedar-sedar atas bahu baba pulak. Ada la sejam kami beratur. Orang ramaiiiiiii sangatt..
Sampai atas sana, kabus tebal sangat. tak leh la nak gi main taman tema yang outdoor. So, lepak-lepak kat luar je la.
Banyak jugak tempat yang Akeef gi. Sebelum balik, mama dan baba singgah main bowling. Mama pun cuba bakat main bowling jugak. Akeef saja je tak nak tunjuk skill. Tu yang Akeef tido je tu.
Lepas solat Asar, kami pun balik. Naik skyway sekali lagi.
Balik sampai Awana, kita gi pulak Awana Garden. Saja-saja nak tengok ada apa je.
Pagi sabtu pulak kita keluar mandi kat swimming pool Hotel Awana dengan keluarga Mishkah.
Pastu ada la sesi bergambar dengan keluarga mishkah. Tunggu gambar dari baba mishkah je.
Besttt kat Genting Highland ni... Sampai menjilat jarii...
UPDATE: baru terima gambar dari Baba Mishkah. Credit to Baba Mishkah
2 comments:
Wah.. dah ada update GH yer.. so lovely! Nice to join your vaccay bro akeef! kakak mishkah dan kakak fajar duk tanya baby akeef ni... hihihihi
Thanks Ummu Mishkah. Akeef pun happy. Nanti kita gi lagi tempat lain pulak.
Post a Comment