twitterAF

Lumut Day 1: Swiss Garden Damai laut

Minggu ni kita ke Lumut. Auntie Pira pun ikut sama. Jam 9.30 pagi jumaat kita keluar makan-makan kat Pantai Dalam. Jam 10.30 pagi baru ke Lumut ikut jalan Kuala Selangor.


Berhenti singgah kat Masjid Taqiyuddin Teluk Intan untuk Baba solat Jumaat.




Sampai Damai Laut Country Resort jam 3.15 petang.




Ni apartment yang kita duduk. Klik untuk gambar besar.


Lepas check-in terus ke Swiss Garden Resort untuk mandi koyam! 5 minit je dari apartment.




Ni la rupa pemandangan laut dari lobi Swiss Garden Resort. Klik untuk gambar besar.


Then, Mandi Koyam!










Kolam dia best. Klik untuk gambar besar.


Abis mandi, balik singgah The View, tengok pemandangan cantik.


Balik kat apartment, lepak kat taman sebelah kolam sebelah apartment.










Pastu ready untuk mandi koyam lagi. Kali ni kat kolam di Apartment.


Akeef Demam

Akeef demam hari ni. Dari semalam lagi. Semalam dah gi klinik Segara kat Sri Hartamas. Pagi ni masih belum baik. Baba & Mama bawa ke klinik TTDI pulak. Doktor bagi antibiotik dan ubat demam.

Lepas tu gi Kompleks PKNS Bangi kejap. Kemudian ke rumah Auntie Yah kat Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Kenduri kawin Kak Long. Baba tak bawa kamera, Takde gambar. Akeef pun mood tak baik. sebab demam lagi.

Balik tido kejap baru Akeef ok.


Akeef Balik Raya Korban

Minggu ni Akeef balik kampung sambut Raya Korban. Hari khamis tu, awal pagi lagi akeef bangun siap2 nak balik kampung. Pukul 7.30 baru bertolak dari rumah.


Mula2 jalan ok je. sampai Bentong, Baba kata jalan jem, so baba buat u-turn untuk ikut jalan Mempaga. Jalan ok, tak banyak kereta. Pukul 10.30 Sampai Perhentian Benta, Baba berenti nak rehat. Baba kata nak tido 3 minit, tunggu-tunggu sejam jugak la baba tido. Mama bawa akeef jalan2 kat Perhentian Benta tu. Takde apa yang menarik sangat. Cuma ok la sebab dah boring duk dalam kereta lama-lama.

11.30 pagi baru sambung perjalanan. Lepas Kuala Lipis jalan jem sikit. Still boleh bergerak lagi, cuma kereta banyak. Sekali sekala kena berenti jugak especially bila sampai kat jalan berbukit macam kat sini.




Then kita singgah solat Jamak di Masjid Kampung Petola kat Padang Tengku. Masjid ni atas bukit. Susah sikit nak naik. Jalan pun kecik je.


Lepas tu sambung perjalanan balik. jalan ok je, kereta banyak, tapi tak jem sangat. Sampai Merapoh, Baba berenti untuk tido lagi. Akeef & Mama pun tumpang tido jugak la. Sebelum berenti pun Akeef tido jugak. Lepas sejam baru sambung perjalanan, singgah di Gua Musang kejap untuk isi petrol dan beli keropok lekor goreng. Untie jual goreng pisang dan keropok lekor tu bagi akeef hadiah spesel keropok lekor satu. Bestt. Pastu sambung perjalanan balik kampung.

Sampai kawasan Dabong, jalan mula jem teruk. Jalan kejap berenti, jalan kejap berenti. Jem teruk sampai ke Traffic Light simpang tiga Kuala Krai. Lepas tu baru jalan ok. Singgah lagi kat Masjid Telipot untuk solat jamak maghrib isya. Pukul 8.30 baru sampai rumah Mama. pukul 10.00 malam pulak bertolak ke rumah Baba. Dekat je.

First day raya kat kampung Baba. Abang Shafi pun ada.


Main-main belon dengan Mek.




Raya ketiga gi rumah step-mother mama kat kampung Bakong. Tok Bah dan Cik pun ikut sama. Agak pedalaman la jugak kampung Bakong ni. Ni gambar dengan keluarga step-mother mama.






Kambing! Best kalau buat korban ni.


Raya keempat dah siap-siap nak balik KL.


sebelum balik KL, ambik gambar dengan Tok Bah, Cik, Aseef, Afnan dan ummi dia. mana Kak Ain? Kak Ain tido.


Bertolak balik KL jam 8.30 pagi. Jalan ok je. Sampai R&R Gua Musang Baba berenti tido sejam. Kemudian sambung perjalanan balik KL. Sampai Raub jam 2.15 ptg. nampak macam jem je kat Raub. So, Baba ikut jalan Mempaga lagi. Jalan ikut Mempaga ok je.

Singgah kat Surau Kampung Chinta Manis, Bentong untuk solat jamak taqdim dan makan-makan.






Sambung perjalanan lagi dan sampai rumah jam 5.00 petang. Perjalanan keseluruhan 8 jam setengah. ok la banding dengan 13 jam waktu balik kampung tu.

Akeef @ Mid Valley Mega Mall















Akeef @ Suria KLCC

Baba & Mama bawa Akeef ke Suria KLCC. Ni kat tunnel dari KL Convention Centre ke Suria KLCC.




Aktiviti pertama bila sampai Suria KLCC!




masuk Toys r Us tengok2 toys.


Then masuk KFC.




Surprise! Jumpa Uncle Safrul. Untie Pira dan Untie pun ada!




Jom balik naik flight.


Singgah jenguk Pisa dan Eiffel Tower kejap


Finally, Aquaria!
Blog Widget by LinkWithin