twitterAF

Akeef Balik Raya Korban

Minggu ni Akeef balik kampung sambut Raya Korban. Hari khamis tu, awal pagi lagi akeef bangun siap2 nak balik kampung. Pukul 7.30 baru bertolak dari rumah.


Mula2 jalan ok je. sampai Bentong, Baba kata jalan jem, so baba buat u-turn untuk ikut jalan Mempaga. Jalan ok, tak banyak kereta. Pukul 10.30 Sampai Perhentian Benta, Baba berenti nak rehat. Baba kata nak tido 3 minit, tunggu-tunggu sejam jugak la baba tido. Mama bawa akeef jalan2 kat Perhentian Benta tu. Takde apa yang menarik sangat. Cuma ok la sebab dah boring duk dalam kereta lama-lama.

11.30 pagi baru sambung perjalanan. Lepas Kuala Lipis jalan jem sikit. Still boleh bergerak lagi, cuma kereta banyak. Sekali sekala kena berenti jugak especially bila sampai kat jalan berbukit macam kat sini.




Then kita singgah solat Jamak di Masjid Kampung Petola kat Padang Tengku. Masjid ni atas bukit. Susah sikit nak naik. Jalan pun kecik je.


Lepas tu sambung perjalanan balik. jalan ok je, kereta banyak, tapi tak jem sangat. Sampai Merapoh, Baba berenti untuk tido lagi. Akeef & Mama pun tumpang tido jugak la. Sebelum berenti pun Akeef tido jugak. Lepas sejam baru sambung perjalanan, singgah di Gua Musang kejap untuk isi petrol dan beli keropok lekor goreng. Untie jual goreng pisang dan keropok lekor tu bagi akeef hadiah spesel keropok lekor satu. Bestt. Pastu sambung perjalanan balik kampung.

Sampai kawasan Dabong, jalan mula jem teruk. Jalan kejap berenti, jalan kejap berenti. Jem teruk sampai ke Traffic Light simpang tiga Kuala Krai. Lepas tu baru jalan ok. Singgah lagi kat Masjid Telipot untuk solat jamak maghrib isya. Pukul 8.30 baru sampai rumah Mama. pukul 10.00 malam pulak bertolak ke rumah Baba. Dekat je.

First day raya kat kampung Baba. Abang Shafi pun ada.


Main-main belon dengan Mek.




Raya ketiga gi rumah step-mother mama kat kampung Bakong. Tok Bah dan Cik pun ikut sama. Agak pedalaman la jugak kampung Bakong ni. Ni gambar dengan keluarga step-mother mama.






Kambing! Best kalau buat korban ni.


Raya keempat dah siap-siap nak balik KL.


sebelum balik KL, ambik gambar dengan Tok Bah, Cik, Aseef, Afnan dan ummi dia. mana Kak Ain? Kak Ain tido.


Bertolak balik KL jam 8.30 pagi. Jalan ok je. Sampai R&R Gua Musang Baba berenti tido sejam. Kemudian sambung perjalanan balik KL. Sampai Raub jam 2.15 ptg. nampak macam jem je kat Raub. So, Baba ikut jalan Mempaga lagi. Jalan ikut Mempaga ok je.

Singgah kat Surau Kampung Chinta Manis, Bentong untuk solat jamak taqdim dan makan-makan.






Sambung perjalanan lagi dan sampai rumah jam 5.00 petang. Perjalanan keseluruhan 8 jam setengah. ok la banding dengan 13 jam waktu balik kampung tu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin