twitterAF

Buat Duit Dengan Nuffnang

Ni Akeef nak cerita pasal Nuffnang, satu program pengiklanan internet. Sapa-sapa yang ada blog, automatik layak untuk mendaftar dengan Nuffnang. Daripada biarkan kosong kat blog tu, baik la masukkan iklan, dapat juga wang untuk beli toys.

Ni contoh cek yang pernah diterima dari Nuffnang. Takde la banyak, sekadar boleh beli pampers je.


Ada tiga jenis iklan yang boleh dimasukkan di blog, Large Banner (LB) macam yang Akeef letak bahagian atas sekali. Sky Scrapper (SS) macam yang sebelah column bahagian kanan blog ni, dan juga satu lagi Large Ractangle (LR) macam yang kat bawah post terkini dalam blog Akeef ni.

Iklan tak akan muncul setiap masa. Ada ketikanya iklan muncul dan ada ketika tak muncul.

Dalam keadaan biasa, kita akan dibayar mengikut jumlah klik pada iklan tersebut. Bagi yang berstatus glitterati, setiap satu klik akan dibayar 25 sen. Bagi status biasa, dibayar 15 sen setiap satu klik.

Bagi blog yang ramai visitor setiap hari, akan berpeluang untuk dapat Buffered Earnings. Buffered earning macam ni, advertiser membeli tapak iklan di blog kita untuk tempoh tertentu. Contohnya selama 2 minggu, 3 minggu, sebulan etc.

Sepanjang tempoh tu, iklan tertentu saja yang akan muncul sehingga tamat tempoh iklan. Bayaran dikira mengikut jumlah unique visitor (ip berbeza) yang mengunjugi blog kita. Makin ramai visitor, makin banyak bayaran.

Bila dah cukup RM50, boleh la claim. Nuffnang akan hantar cek ke alamat kita. Sebelum tu HSBC akan maklumkan kepada kita melalui bahawa mereka sedang uruskan cek untuk dihantar kepada kita. Lepas seminggu dari email tu, biasanya akan terima la cek tu.


So, sapa-sapa berminat nak masukkan iklan ini, sila lah ke www.nuffnang.com.my. Banyak lagi maklumat lanjut boleh dapat dari sana.

Hari sabtu 17 April, Nuffnang ada buat blogger gathering di Berjaya Times Square, KL. Lebih 500 orang blogger datang memeriahkan majlis yang dipanggil Gatsby Deodorant Street Fair ini. Majlis ni sempena pelancaran produk baru Gatsby. Ada jugak macam-macam games dan cabutan bertuah. Gathering ni diiktiraf oleh Malaysian Book of Record sebagai perhimpunan blogger terbesar di Malaysia.

Baba awal pagi lagi dah siap-siap. Ingatkan nak bawa Akeef sama, rupa-rupanya Akeef kena tinggal dengan Mama kat rumah. Baba gi sana sorang je.

Berjaya Times Square. Ni la tempat majlis ni dibuat.




Ni Brader Timothy, Founder Nuffnang yang femes tu.


Rasa macam kenal je uncle ni. Sapa ye. Ada iras-iras Stone Cold Steave Austin ni. Ke Triple H ni.. Ataupun Undertaker kot. Astaga!... Baba Mishkah la.


Baba Mishkah sedang menSlam Dunk.


dan Cue Ball!


Gladiator games: Spartacus vs Crixus!


Online Games pun ada!


Antara hadiah cabutan bertuah. Blackberry, Acer Aspire, Acer Ferrari, Canon Ixus, Canon Video Cam, Acer PDA Phone, Garmin GPS, External Hard Disk dan banyak lagi. Apa yang Baba dapat dari cabutan bertuah ni? Langsung tadak. Memang tak bertuah la sebab tak bawa Akeef sama.


Ni antara hadiah games. Produk baru Gatsby. Baba pun bawa balik 3-4 botol benda ni dengan beberapa barang lain. Jadi toys untuk Akeef la.


Akeef still rasa Baba patut bawa Akeef sama. At least Akeef boleh tolong ambik gambar Baba. Ni gambar Baba langsung takde!

Mana boleh tinggal kita kat rumah. Next time Akeef nak ikut jugak. Akeef tak kira, Akeef nak ikut jugak.

4 comments:

Sutera Blogger said...

Saya juga ke sana semalam. Happening.

Anonymous said...

Hohohoho..ni uncle Stone Cold..makan budakkk!!! "Akala tiflun..aizud dammmm" (dipetik dari kata2 pakcu riran tatkala membuli adik baru sampai ke bumi anbiyak..berterabur abih grammar)

Sutera Blogger yg mana satu yer. Adakah anda senasib dengan kami lelaki2 gagah yg tak dapat satu pun lucky draw?

eyriqazz said...

i was there! check out my report at http://eyriqazz.blogspot.com/2010/04/sensasi-live-blogging-gatsby-deodorant.html

Aidi-Safuan said...

salam,

Sorry Guys,

aku dpat blackberry. haha. Maaf sebab menguburkan impian korang semua.

http://2.bp.blogspot.com/_5nsZbvHK1KY/S8mtJ2wv-hI/AAAAAAAAClg/mZKv2FO0n6s/s1600/DSC00272.JPG

Blog Widget by LinkWithin