twitterAF

Akeef @ Port Dickson Part 1

Minggu lepas Akeef gi Port Diskson. Family Kak Nuha pun join sama. Macam biasa, kita duk kat Seri Bulan Kondominium. Rumah ofis mama Tingkat 1, no  B206.




Akeef lepak kat tepi pantai dengan Mama. Ombak kuat sangat, so, kita tak mandi pantai. Tengok saja.




Aktiviti wajib. Mandi Kolam!
















Dengan Hana' dan Kak Nuha.

Khaulah Datang Rumah Akeef

Baru-baru ni Kak Mishkah & Family datang rumah Akeef. Khawlah Umniyya pun datang sama. Lama dah rasanya diaorang tak datang.

Ni Baby Khawlah. Dah 3 bulan rupanya Khawlah ni. Cepat je besar.


Abnag Muhammad, Kak Mishkah, Kak Fajar & Baby Khawlah!


Dah pandai tengok kamera Khwalah ni.


Muhammad dalam Box.

Akeef Melawat Munib

2-3 minggu ni busy sikit. Mama & Baba busy. Tapi rasanya Akeef lagi busy kot. Ye lah, gi school, balik school, buat homework, kemas rumah etc.

Hari tu Kak Pira datang, tapi tak sempat ambik gambar pun. Kak Cik pun datang, tak ambik gambar jugak.

Sabtu ahad Baba gi ofis je. Mama pulak buat kerja ofis kat rumah. Akeef lagi la banyak kerja.

Ni gambar yang 3 minggu lepas. Petang sabtu tu kita curi masa sikit gi melawat Munib. Munib ni adik kepada Muaz az-Zuhdey. Ni waktu Munib baru umur 2 bulan. Waktu Akeef gi, dia tidur je. So, curi2 je la ambik gambar dengan Munib ni. 





Ummi Munib masak pulut durian. Best. Muaz takde kat rumah. Masih duk kat kampung.

Akeef @ Pondok Sungai Durian

Cerita balik kampung lagi.

On the way balik KL, kita singgah Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Saja baba singgah nak melawat projek pembinaan Asrama Lelaki Pondok Sungai Durian.




Ni Akeef depan Masjid ar-Rahman.


Bahagian dalam Masjid ar-Rahman.




Ni depan Maktabah Pondok. Betul-betul depan Masjid.




Ghurfatul Mudarris.


Pondok-pondok lama. Dah uzur sangat. Tapi masih ada penghuni kat sini.






Ni asrama dalam pembinaan lagi.




Maklumat lanjut berkenaan pembinaan Asrama ni boleh tengok kat sini: http://www.mymaktabaty.com/2010/05/rayuan-derma-pembinaan-bangunan-asrama.html


Kita singgah kat rumah Musyrif Pondok Sungai Durian, Tuan Guru Dr. Abdul Basit Abdul Rahman. Yang selalu keluar dalam Rancangan Tanyalah Ustaz TV9 tu. Baba ada urusan dengan Tuan Guru. Akeef ikut je. Anyway, kuliah-kuliah Tuan Guru Dr. Abdul Basit boleh di download secara percuma di laman web http://www.mymaktabaty.com/.


Jam 11.30 pagi kita sambung perjalanan balik KL
Blog Widget by LinkWithin