twitterAF

Hari ke 3: Balik Rumah!

Selasa 30 September 2008 / 30 Ramadhan 1429.
Baby tunggu Doktor datang untuk bag pengesahan boleh keluar dari wad. Mana doktor Marsita dan Dr. Kamaruddin ni. Lama baby tunggu tak sampai-sampai. Orang datang melawat ada la jugak yang datang.

Tengahari baru bab datang sorang-sorang. Tok Bah kat rumah je.

Petang baru Doktor bagitau yang baby dan mama confirm boleh keluar. Pastu baba datang Dengan Tok Bah sekali. Lepas Asar baba dan Tok Bah keluar gi beli juadah berbuka. Tayar kereta baba pulak pancit. Nasib baik baba tau tukar tayar spare dan gi kedai tayar cepat-cepat.

Pastu baru baba gi semula kat PMC untuk selesaikan bil. Baba dan Cik berbuka ala kadar je. Sebab makanan kat rumah.

Lepas Isya baru baby sampai rumah. Tapi tak nampak pulak stroller yang baba beli tu. mana la stroller baby ni. Tak sabar nak naik stroller ni.

Esok Raya. Eh! Baby nak baju raya! Sempat ke baba nak gi beli baju baru untuk baby? Aisehhhh... lupa, baby kan baru keluar. Anak sulong pulak tu. Mesti la pakaian baby semuanya pakaian baru. So, esok baby beraya ada pakaian baru la. Baby ok jer.

















Hari ke 2: Esok Boleh Keluar!

Isnin 29 September 2008 / 29 Ramadhan 1429.




Hari ni Dr. Marsita datang awal lagi untuk check mama. Dr. Marsita bagitau, esok mama dah boleh keluar wad. Aisehh... mama saja ke? baby macam mana? Takkan mama je yang boleh balik, baby kena duk sini? Baby nak balik sekali dengan mama!

Pastu Dr. Kamaruddin datang check baby. Alhamdulillah, katanya semua ok. Dia kata esok baby boleh keluar sekali dengan mama. Wahh... bestnya. Tak sabar nak balik rumah. Nak tengok stroller yang baba beli hari tu untuk baby. :)

Pelawat pun ramai yang datang. Baby tak ingat sangat nama. Alaaa... baby kan baru lahir, mana sempat nak ingat banyak-banyak ni.

Dekat tengahari baru baba dan Tok Bah datang.

Pastu petang baba datang sekali lagi. Bawa juadah berbuka puasa untuk Cik. Bau macam nasi kerabu je. Bestnya. Baby tau sangat la nasi kerabu ni sebab selalu pagi sabtu ahad mama akan makan nasi kerabu. So, baby pun kira pernah merasa nasi kerabu la jugak yang mama makan tu.

Malam pun baba dan Tok Bah datang lagi. Bawa pakaian untuk mama.

Hari Pertama: Hurrey!

Ahad 28 September 2008 / 28 Ramadhan 1429.
Hari ni hari lahir baby. Kalau ikut waktu kalendar Hijriyah yang sebenar, Baby lahir pada malam isnin 29 Ramadhan 1429, sebab waktu baby lahir tu dah masuk waktu malam. Kira-kira waktu isya'. Baby lahir secara ceaseran operation kat Pusat Perubatan Pantai (Pantai Medical Centre - PMC) Kuala Lumpur.




Sebenarnya, baby sengaja je tak nak keluar lagi waktu tu, sebab duk dalam perut mama tu best. Tapi waktu duk rileks tu, tiba-tiba baby nampak cahaya lampu dari perut mama. Ishh... silau baby rasa. Tah sapa pulak buka perut mama ni.

Pastu ada la tangan duk tarik baby untuk keluar. Baby tak mau. Tapi dah tangan tu tarik jugak, baby redha je lah. Bila keluar baby tengok orang keliling semua pakai tutup kepala dan tutup mulut. Baby sempat la tengok sorang-sorang tu. Ada dalam 5-6 orang.

Alamak, ni negara mana ni? Nampak semua orang macam orang bangladesh dan Nepal je. Baby nak masuk balik dalam perut mama! Baby tak nak lahir kat Bangladesh! Baby tak nak lahir kat Nepal! Baby nak lahir kat Malaysia!

Tiba-tiba baby dengar ada orang azan. Suara macam perempuan je. Laaaaa.... baru baby perasan, rupa-rupanya doktor yang sambut baby tu Dr. Marsita. Dia azan waktu tarik baby keluar tu. Lagi pulak dia pakai tutup muka nampak mata saja, tu yang baby tak perasaan.

Baby kenal sangar Dr. Marsita ni. Sebab selalu dia yang cek perut mama. Dia pun selalu scan perut mama.

Pastu, Dr. Marsita potong tali pusat dan angkat baby ke sebelah kiri. Eh, mama dan baba ada la. Eh, ye tak ye jugak, mama mesti ada la kan, kalau takde, macam mana baby nak keluar. Kan baby duk dalam perut mama. Lupa pulak baby.

Mama dan baba nampak excited je. Baba pulak selamba nak ambik baby. Tapi Dr. Marsita kata kena bersihkan dulu, baru boleh ambil. Ish, baba ni main redah je. Buat malu je.




Lepas dibersihkan, baru doktor panggil baba. Baba datang untuk azan dan iqamat. Baby rasa baba ni main redah je azan dan iqamat ni. Rasa macam baba azan kat teliga baby sebelah kiri dan iqamat sebelah kanan. Excited sangat la kot. Nanti baby nak tanya baba pasal azan dan iqamat ni. Tak boleh tanya sekarang, nanti baba malu pulak.




Pastu baru doktor bawa baby ke Wad level 3. Tinggal la baba dan mama kat operation theatre tadi. Doktor hantar baby kat bilik nursery. Ramai member baby kat sana. Leceh jugak, kena timbang, periksa itu ini. Lama la jugak. Pastu mekap-mekap sikit. Baby dah tak sabar nak jumpa mama dan baba lagi.



Then selesai semua baru baby dibawa ke bilik C317/C318. Waahhh... Mama dan baba dah ada dalam bilik. Cik dan Tok Bah pun ada. Bestnyaaaa...

Mama dan bab pulak asyik panggil baby dengan nama "BABY". Ishh... takde nama lain ke mama dan baba nak bagi kat baby ni. Tak sanggup la pulak nanti masuk sekolah pun orang duk panggil BABY lagi. malu la nanti. Mama dan baba pun mesti tak best orang panggil "ummu baby" ataupun "abu baby". ishhh... ni nak kena bagitau mama baba ni minta bagi nama lain.

Baba ambik kurma untuk buat tahnik. Sikit je. Sekadar nak masukkan dalam mulut baby. Dah rasa manis, baby isap je la kurma kat jari baba tu. Patutnya baba tahnik lepas azan tadi lagi. Ni mesti bab lupa ni. Nanti nak tanya baba. Tak boleh tanya sekarang, nanti baba malu. Eh, banyak pulak soalan terkumpul ni. Takpe, baby kumpul dulu soalan-soalan yang baby nak tanya baba nanti.

Pastu baba dan Tok Bah balik tinggal baby duk ngan mama dan Cik. Baba bagitau nak datang esok pagi. Baby ok je.
Blog Widget by LinkWithin