twitterAF

Assignment kat School

Selalunya kat school setiap minggu ada je assignment yang kena buat. Kena perah otak juga la. Buat masa ni belum ada homework lagi. Assignment mesti siap kat school je. Yang best-best akan ditampal di dinding depan lif kat pintu masuk school.


Ni assignment tampal-tampal epal.


Yang ni assignment bola.

My Tribute to Mama... Happy Mothers Day

Last week, cikgu dan semua student kat school sama-sama tampal benda ni depan lif nak ke school.


Selalunya hasil kerja student yang terpilih saja akan ditampal di dinding ala-ala Hall of Fame ni. Hasil tangan Akeef pun sekali-sekala ada la jugak layak ditampal kat sini. Minggu ni cikgu minta semua student pakat-pakat siapkan bahan untuk tampal kat dinding ni. Katanya Tribute to Mothers sempena Hari Ibu. So itu la hasil kerja kami secara berpasukan.

Selain itu, setiap student juga diminta buatkan satu kad ucapan kepada ibu masing masing. Akeef pilih tema Bear.


Kenapa bear? Sebab Akeef akan dapat Bear setiap kali ke Tesco Mutiara Damansara. Tengok lah banyaknya teddy bear yang Akeef akan dapat bila ke Tesco Mutiara Damansara. Kalu setiap minggu ke sana, banyak ni la yang Akeef akan dapat.


Tapi cuma dapat waktu kat Tesco je. Sebelum buat pembayaran kat kaunter, selalunya Baba akan gi hantar balik Bear yang dipinjam sekejap untuk akeef buat teman dalam Tesco tu. Ish.. ish.. ishh..

Anyway, Happy Mothers Day to Mama.

Botakkkkk.....

Rasa baru je Baba potong rambut Akeef, balik PD hari tu. Ni Baba potong lagi. Kali ni lebih parah. Hampir botak! Ni gi school grenti girlfriend gelak ni.






Kasut Baba

Ni kasut jogging Baba. Usia kasut dah 2 tahun. Tapi Baba tak pernah pakai sekali pun! Simpan kat rak saja. Baba tak nak pakai, bagi Akeef pakai je lah.








Laman Rumah Syamil

Gi pasar malam Bandar Baru Bangi. Singgah rumah Syamil. Baba tengok-tengok komputer Syamil. Sambil tu Akeef main2 basikal kat laman rumah Syamil. Best. Macam padang bola.










Sticker Mamee

Saja boring. Ambik sticker Mamee tampal kat muka.




Smile



Blog Widget by LinkWithin