twitterAF

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Jumaat minggu lepas, sekolah akeef ada buat perarakan merdeka. Haaa.. budak yang baju merah, seluar merah, kasut biru ni la ketua perarakan merdeka ni. Baju, seluar, kasut kombinasi warna merah, biru, putih & kuning. Warna Jalur Gemilang tu. Semangat merdeka betul nih.




Ketua apa duk kat belakang ni?










Akeef @ Rumah Syamil

Balik hantar Mek kat KLIA hari tu, kita singgah rumah Syamil.











Dengan Kak Tasnim dan Abang Shafi



Tanduk dua.

Tanduk Empat.

Tanduk dari telinga!

Akeef @ KLIA

Last week gi KLIA hantar Mek nak gi Umrah. Mek bertolak dari KB jam 9.20 pagi. Dijangka sampai KLIA jam 10.10 pagi. Kita sampai KLIA lagi awal. Sementara Mek sampai, main2 dengan syamil dulu.













Untie Aya pun ada.


Dengan Mek sebelum Mek bertolak. 

Bye Mek. Nanti Mek balik, Akeef sambut Mek kat KLIA lagi.

Baba di Utusan Malaysia 6 Ogos 2010

Balik school hari jumaat baru ni, Akeef nampak ada paper Utusan Malaysia dalam kreta Baba. Buang tebiat ke Baba beli paper ni. Zaman sekarang zaman paperless, semua online, tapi Baba masih nak baca surat khabar macam zaman dulu.

Sampai kat rumah, Akeef belek-belek surat khabar tu. Tengok kat mukasurat 2.. Astaga! Patut la Baba beli paper hari ni, rupa2nya gambar baba ada dalam paper.


Bila masa Baba tau pasal Gerhana Matahari? Pelik.


Baba kat Karnival Inovasi Islam anjuran JAKIM di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3 Putrajaya. Karnival tu dari 5 - 8 Ogos. Patutnya 4 hari kat sana, tapi Baba ponteng satu hari, hari sabtu, sebab gi KLIA hantar Mek.

Akeef @ Aquaria KLCC

Cuti hujung minggu lepas Akeef g Aquaria kat KLCC. Nak gi tengok ikan. 


Tiket masuk? RM35 seorang. Akeef macam biasa Free lagi.


Masuk kejap je Baba dah bising sebab kamera tak dibenarkan guna flash. Ish... kejam betul. Gambar grenti teruk. Dah la tempat gelap, flash tak dibenarkan pulak tu.




Belangkas!


Belut Elektrik! Hati-hati, nanti kena karan.






Tikus air.


Rama-rama pun ada.


Ular ada jugak.






Entah apa nama binatang ni.


Tikus kot. Entah.


Salah satu tarikan kat Aquaria KLCC ni adalah ikan ganas dan brutal Arapaima. Apa tu Arapaima? alaaaa... ikan ni la..




Akuarium ni paling best. Banyak ikan-ikan kecil yang warna warni. Cantik. Nemo pun ada.


errrrrr..... Shark! Takuttttt...


Rasanya baba peluk Akeef ni sebab Baba takut tengok ikan ni. 








Ular gigit Telinga!!!!!!!!! Aaaaaaaaaaaaaa....


Banyak lagi ikan kat sana, tapi gambar blur semacam je. Ye lah, dah tak tak bagi pakai flash. Baba bukan nya tau setting shutter speed.

Best ke Aquaria ni? Kalau compare dengan Underwater World Langkawi, Jauh sangat beza. Kat Langkawi lagi besar, lagi banyak binatang. Penguin pun ada. Kat KLCC ni sikit je ikan. So, kalau dah biasa gi Langkawi, tak payah la datang KLCC ni, nanti frust je.
Blog Widget by LinkWithin