twitterAF

Family Day 2010 Part 1

Awal minggu cuti sekolah baru ni kita balik kampung. Bertolak hari sabtu jam 3.00 petang. Sebab Baba ada kerja sebelah pagi. Kali ni balik ikut Bentong dan Raub. Tak ikut Mempaga sebab jalan ok je. Tak jam.



Jam 6.00 sampai kat Masjid Berchang. Tempat biasa kita berhenti kalau balik kampung. Lepas solat sambung perjalanan. Sampai Gua Musang jam 8.30 mlm. Berhenti makan2. Lepas tu sekali lagi gerhenti kat R&R Gua Musang. Kali ni solat pulak.

Sambung perjalanan sampai kat Kuala Krai, baba mengantuk. berhenti kat Stesyen minyak, tidur dalam kereta. Lama jugak tidur. Sambung perjalanan balik dan sampai Bukit Bakar jam 2.30 pagi dah.

Kita ke Bukit Bakar sebab ada Family Day sebelah family Mama. Macam tahun-tahun lepas, Family Day tahun ni pun tempat sama. Cuma bilik je uang baru. Asrama baru dah siap. So, kita la yang rasmikan asrama kat sini. Kita duk tingkat atas. Setiap bilik ada katil dan bilik air. Macam hotel la. Tingkat bawah ada bilik besar. Katil banyak. Boleh duduk ramai-ramai.

Ni la asrama yang baru siap. Akeef dengan Abang Azri ni.


Yang ni Dewan.


Ni asrama lama. Kita dah tak duduk kat sini.


Surau.


Dewan Syarahan.


Asrama lama.


Tempat makan.


Ni program dalam dewan.








Akeef @ Taman Desa Waterpark Part 2

Ok, sambung kat Taman Desa Waterpark lagi.

Ni kat depan bangunan utama. Kat sini ada kaunter tiket, ada kedai jual barang2 untuk mandi. Pelampung ada, pakaian mandi ada, souvenir pun ada.






Ni kat dalam bangunan dah ni.












Dahj abis mandi. Kita jalan-jalan je.


Letih mandi dan main-main air. Tido dulu.


Ok, kita dah nak balik. Jom Balik. Next time datang lagi.

Akeef @ Taman Desa Waterpark Part 1

Ni 2 minggu lepas. Kak Cik datang rumah Akeef cuti Wesak hari jumaat. Sabtu kita gi mandi kat Taman Desa Waterpark.

Ni depan rumah. Jam 9.30 pagi. Dah nak bertolak dah ni.


Singgah kat Restoren Anis Putri Pantai Dalam dulu. Mama mengidam nak makan laksam. Akeef ikut je. Restoren ni femes jugak kat Pantai Dalam. Masakan ala-ala Pantai Timur.


Lepas makan kita bertolak ke Taman Desa Waterpark. Dekat je. Dalam 10 minit je. Jam 10.45 kita sampai dah.


Last year dah datang sini. Free sebab ikut Family Day Office Mama. Ni datang sendiri. Baba, Mama & Kak Cik kena bayar tiket. Akeef macam biasa, Free lagi.


Waktu sampai orang dah ramai. Takde tempat duduk tepi kolam. So, duduk kat kerusi yang jauh la sikit. Next time kalau nak datang, pastikan sampai sini jam 10 pagi. Baru dapat tempat duduk depan kolam.




Sebelum mandi, test air dulu. Air ok je, Jom mandi!


Satu-satunya gambar dengan baba!


Kita duduk depan tempat simpan barang. Locker untuk simpan barang harga RM2 untuk sekali simpan. Kita ambik satu locker.


Gambar mandi? Takde. Baba simpan kamera dalam locker. So takde gambar main2 air la. Salah strategi la baba ni.


Akeef @ Nilai 3

Hari tu Kak Cik datang rumah. Kak Pira datang juga. Tapi Kak pira datang kejap je. Hari ahad kita gi hantar balik KUIS. Sambil tu Mama nak gi Nilai 3. Saja jalan-jalan sambil shopping. Mama beli tikar je.

Lepas makan, Akeef ajak Baba gi main-main kat playground sana. Ok la jugak.








Akeef Melawat Putri Alveena Nuha

Last week kita gi melawat auntie Lia dengan baby nama Putri Alveena Nuha. Ni la gambar Little Nuha


Blog: Ain Tasnim

Ni blog baru sepupu Akeef, Kak Ain Tasnim: www.aintasnim.blogspot.com. Ada masa jom la blog walking ke blog Kak Ain ni. Banyak gambar-gambar kat blog dia.



Kereta Terbakar kat Jalan Mont Kiara

Isnin minggu lepas, ada kereta terbakar kat jalan Mont Kiara. Jalan jem teruk. Baba gi ambik Akeef pun lambat sampai.



Mercedes?


Ya, memang Mercedes!
Blog Widget by LinkWithin