twitterAF

Akeef Melawat Putri Alveena Nuha

Last week kita gi melawat auntie Lia dengan baby nama Putri Alveena Nuha. Ni la gambar Little Nuha


Blog: Ain Tasnim

Ni blog baru sepupu Akeef, Kak Ain Tasnim: www.aintasnim.blogspot.com. Ada masa jom la blog walking ke blog Kak Ain ni. Banyak gambar-gambar kat blog dia.



Kereta Terbakar kat Jalan Mont Kiara

Isnin minggu lepas, ada kereta terbakar kat jalan Mont Kiara. Jalan jem teruk. Baba gi ambik Akeef pun lambat sampai.



Mercedes?


Ya, memang Mercedes!

Akeef @ Carrefour Mid Valley

Pagi ahad lepas gi ke Carrefour Mid Valley. Mama nak beli barang2 dapur.

Naik kereta kat depan Carrefour.


Beli susu Akeef jugak. 1 kg Langkah 2 RM19.99 kat sini.


Akeef @ Rumah Syamil

Petang sabtu lepas, balik dari The Mines, kita rumah Syamil. Hantar komputer. Hari tu komputer Syamil ada problem sikit. Baba bawa balik untuk baiki. Dah ok, so Baba gi hantar balik ke rumah Syamil.

Sebelum balik, kita main2 dengan Abang Syafi kat rumah rumah dia. Best rumah dia ada laman besar. Boleh main kejar2 lagi.






Abang Syafi! PEACE!






Sebelum maghrib Akeef balik. Sampai rumah jam 8 malam. Malam tu Akeef teman Baba tunggu tengok bola! Inter Milan vs Bayern Munich. Akeef temankan Baba sekejap je. Pastu tido. Baba angkat masuk bilik. Baba tengok sorang2 la akhirnya.

Akeef @ The Mines Seri Kembangan

Sabtu baru ni ikut Baba gi pameran World Chinese Muslim Trade And Culture Exhibition (WCME) 2010 kat The Mines, Seri Kembangan. Baba dah 3 hari kat sini. Cuma sabtu cuti dan hari akhir expo, jadi Baba bawa Akeef dan mama jalan2 expo ni. Kecik je.

Ni Uncle Nuruddin, Uncle Hanif dan Untie Zaini Arfah sedang siapkan booth.


Lepas tu kita gi jalan2 kat The Mines Shopping Complex. Suka tengok ikan.


Bestnya kat sini ada tasik besar di bahagian south dan west. Ada sungai kecil sambungkan kedua2 tasik tu. Sungai tu lalu bahagian bawah shopping complex ni. Tu kat bawah nampak ada boat. Harga nak naik boat antara RM20 - RM50 mengikut laluan mana yang dipilih. Mahal ke murah? Mahal la.


Jumpa Doraemon!


Lepas jalan2 dan shopping kat Giant dalam shopping complex ni, kita balik ke tempat Expo semula. Baba tear down kemas barang expo.

Akeef @ Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Part 4

Selesai pendaftaran dan taklimat, kita ke Asrama Kediaman Kak Cik. Asrama perempuan, tak dibenarkan lelaki masuk. So Akeef, Baba dan Tok Bah tak masuk. Main2 kat bawah asrama je.











Petang baru kita balik rumah. Tok Bah dan Cik terus balik singgah ke Kuantan.

Mana gambar Kak Cik dan Tok Bah ni. Baba lupa ambik kot.
Blog Widget by LinkWithin