twitterAF

Akeef @ Port Dickson - Day 2

Hari kedua awal pagi makan mee goreng. Kemudian main-main kat bilik.


Pukul 10.00 pagi baru turn ke swimming pool.








Petang pergi Pasar Malam sebelah Petronas tu. Ramai sangat orang. Mama beli pelampung baru untuk Akeef!


Lepas beli makanan singgah tepi pantai kejap. Lepak-lepak tepi pantai sambil tengok orang main wau.

Akeef @ Port Dickson - Day 1

Cuti 3 hari. Baba & Mama dah plan nak gi Port Dickson. Abang Imad & Family ikut sama. Pagi tu dah gi beli barang-barang nak bawa ke PD. Lepas Jumaat kita bertolak jam 3.00 petang.

Macam biasa sebelum bertolak, ambik gambar dulu. 1Malaysia!


Baba bawa ke KESAS dulu. Singgah makan Nasi Kukus kat R&R Awan Besar. Best!


Lepas tu singgah lagi kat R&R Seremban. Kemudian terus ke PD. Sampai kat Seri Bulan Condo jam 6.00 petang.


Lepas Maghrib baru Abang Imad & family sampai sana.






Aktiviti malam tu, BBQ! Abi Imad memang pakar BBQ. So delicious! Sapa-sapa nak buat BBQ, boleh panggil Abi Imad.






Eh! Dunkin' Donuts pun ada!

Akeef @ Carrefour Mid Valley

Cuti Maulidurrasul. Ready nak gi Carrefour. Mama dan Baba nak gi shopping untuk beli barang-barang nak ke Port Dickson lepas Solat Jumaat nanti.


Rabbit & Hamster!


Sebelum balik singgah naik kereta dulu.

Tesco & Rumah Shamil

Minggu lepas gi shopping di Tesco. Ready nak gi dah ni. Beg... Beg... Beg..


Baba saja ambik teddy Bear masuk dalam trolley. Tapi tak beli.


Petang gi rumah Untie Leha kat bangi. Singgah pasar malam Bandar Baru Bangi dan Rumah Shamil. Main ball rumah Shamil. Ball... Ball... Ball...

Siri Belajar Solat: Solat dan Lari?

Kuda Parkson, The Mall



Rayuan Derma: Markaz al-Aitam

Sama-sama lah menderma dan tolong sebarkan.
Jemputan ke Majlis Jamuan Sambil Menderma Untuk Menyiapkan Bangunan dan Menguruskan Anak-anak Yatim MARKAZ AL-AITAM

Tarikh : 20 Februari 2010 (Sabtu)
Masa : 12.00 Tengahari - 7.00 Petang
Tempat : Tapak Bangunan Markaz al-Aitam, Lot 390, Mukim Kg. Wakaf, Padang Pak Amat, 16800 Pasir Puteh, Kelantan

Majlis akan dirasmikan oleh YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.


INFO MARKAZ AL-AITAM:

Markaz al-Aitam terletak di alamat Lot 390, Mukim Kg. Wakaf, Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan. Markaz al-Aitam ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga dan mendidik anak-anak yatim dari usia 7 tahun hingga 17 tahun dengan sasaran seramai 40-50 orang pelajar tanpa dikenakan sebarang bayaran ke atas anak-anak yatim tersebut.

Markaz al-Aitam didirikan di tapak seluas 1.5 hektar dengan cadangan mendirikan 1 bangunan 3 tingkat (Pusat pengajian, Penginapan, perpustakaan, pusat internet dan dewan), sebuah masjid, pejabat urusan, rumah guru dan kakitangan, medan kereta dan taman rehat. Buat masa sekarang, bangunan penginapan masih dalam proses pembinaan dan dijangka dapat digunakan pada hujung tahun ini.






Marilah kita sama-sama menyokong usaha murni ini agar ianya berjaya sekaligus menjadi saham akhirat kepada kita semua.

Sumbangan dan derma bolehlah disalurkan terus ke akaun Bank Islam, cawangan Pasir Puteh atas nama Markaz al-Aitam dengan no akaun: 03090010042421

Sebarang pertanyaan dan keterangan bolehlah dibuat dengan menghubungi Haji Mohd Nordin Ismail (Pengerusi Markaz al-Aitam merangkap Tuan Imam Kg. Permatang Gading. H/P: 019-9675378) dan Haji Nik Yusof Nik Abdullah (Setiausaha H/P: 019-9503388)

Sumber: www.mymaktabaty.com
Blog Widget by LinkWithin