twitterAF

Akeef Balik Kampung

Cuti panjang sempena Raya Cina tahun ni kita balik kampung lagi. Pagi sabtu jam 7.30 bertolak dari rumah. Macam biasa, sebelum bertolak mesti kena ambik gambar dulu. Ni dah ready dengan tilam dan bantal.


Mula-mula Baba singgah kat Petronas Karak, ingat nak breakfast sana, tapi orang ramai sangat. So baba beli kuih sikit kat situ then terus ikut laluan Mempaga. Singgah makan kat Surau Chinta Manis, sebelum Mempaga.


Lepas Breakfast, sambung perjalanan sampai Kuala Lipis. Singgah kat Masjid Berchang pulak. Baba berhenti rehat kat situ lebih kurang sejam. Jam 1.00 bertolak balik. Jalan ok. Tak jem.

Jam 3.30 singgah makan kat Gunung Sejuk, Gua Musang. Dekat dengan R&R Gua Musang. Tempat ni favourite Mama dan Baba. Macam biasa la. Nasi sup dan ulam-ulam.


Lepas tu singgah lagi kat Masjid Kampung Belukar untuk Jamak Taakhir. Sampai rumah Jam 6.30 petang. 11 jam lebih kurang. Lama jugak tu.

Ni hari kedua. Sempat jumpa sepupu baru. Nama sepupu akeef ni Mariam Husna.






Hari ketiga gi melawat Uncle Mat. So sad..


Ni Akeef sedih lagi ni..


Hari keempat kejar ayam belakang rumah Tok Bah dulu.


Pastu gi klinik Jeram. Timbang 10 kilo lebih je. ishh... 6 bulan lepas pun sama jugak. Tak naik-naik.


Hari kelima nak balik KL dah. Awal pagi lagi dah siap-siap. Macam biasa, sebelum bertolak mesti ambik gambar dulu. :)


Singgah kat tapak Markaz al-Aitam sekejap. Baba ada projek khas anak yatim kat sini.


Sampai KL jam 7.30 malam. jalan ok, kecuali kat Bandar Raub dan Bandar Bentong. Jem teruk. Tempat lain ok je. Next time mungkin terus ikut mempaga. Aman damai tak jem.

Motor

Akeef @ Legend KL



















Akeef Kemas Rumah

Minggu ni aktiviti kemas rumah je. Duk kat rumah, tak gi mana-mana.




Imad & Muaz Datang Rumah Akeef

Hari Ahad, Imad & family dan Muaz & family datang melawat Akeef. Ni first time Imad & family datang. Family Imad baru pindah dari Sabah ke KL. Enjoy!


Imad & adik dia, Akeef


Hehe.. Muaz duk atas riba Abang Imad.

Akeef @ Carrefour Mid Valley (iP)

Minggu ni kita gi Carrefour Mid Valley. Mama nak beli barang-barang dapur.






Ada kereta depan Harvey Norman, so, apa lagi. Macam biasa la.


- Posted from iPhone

Akeef @ Genting Highland - Day 3

Hari ketiga, kita gi mandi kolam Awana. Ok je, cuma sejuk sikit. Kak Nuha sampai menggigil.


Yang kat belakang to Kolam Air Panas. Best la sikit.


As usual, Ikan Hijau ni mesti bawa kalau nak gi mandi mana-mana.


kak Nuha and family.






Abis mandi, nak balik bilik.


Sebelum balik, macam biasa la, official photo untuk trip kali ni. Kak Nuha tido!

Waktu balik, bila masuk Highway Karak, tayar kereta baba berasap. Mujur ada uncle Highway datang tolong tengok-tengok kan. Berhenti sekejap, then sambung balik rumah.

Bye-bye Awana, Next Year pasti datang lagi!

Blog Widget by LinkWithin