twitterAF

Akeef @ Genting Highland

Petang jumaat baru ni Akeef gi Genting Highland. Akeef ikut mama dan baba saja-saja jalan-jalan Genting Highland. Duk kat Awana Condominium. Sampai sana dah nak maghrib. Pastu Baba Mishkah sampai dengan Mama Mishkah, Mishkah, Fajar dan Muhammad.






Tengahari sabtu kita keluar nak naik skyway. Tunggu shuttle bus Awana-Skyway kat depan lobby Awana Hotel. Lama jugak tunggu. Ada la 25 minit. 1.15 baru bas sampai. Pastu ke stesyen skyway. Baba beli tiket return RM10 sorang. Akeef free je. Tak tau la kenapa. Sebab yang jaga skyway tu kenal Akeef kot.

Beratur nak masuk skyway lama sangat. Mula-mula Akeef duk atas bahu mama, sedar-sedar atas bahu baba pulak. Ada la sejam kami beratur. Orang ramaiiiiiii sangatt..




Sampai atas sana, kabus tebal sangat. tak leh la nak gi main taman tema yang outdoor. So, lepak-lepak kat luar je la.














Banyak jugak tempat yang Akeef gi. Sebelum balik, mama dan baba singgah main bowling. Mama pun cuba bakat main bowling jugak. Akeef saja je tak nak tunjuk skill. Tu yang Akeef tido je tu.










Lepas solat Asar, kami pun balik. Naik skyway sekali lagi.






Balik sampai Awana, kita gi pulak Awana Garden. Saja-saja nak tengok ada apa je.










Pagi sabtu pulak kita keluar mandi kat swimming pool Hotel Awana dengan keluarga Mishkah.














Pastu ada la sesi bergambar dengan keluarga mishkah. Tunggu gambar dari baba mishkah je.


Besttt kat Genting Highland ni... Sampai menjilat jarii...


UPDATE: baru terima gambar dari Baba Mishkah. Credit to Baba Mishkah

I Love U Baba

Ni Akeef buat special untuk baba Akeef waktu father's day kat school hari tu. Comel kan krete Akeef buat. Dah sama dengan krete baba tu. Ada tandakaki Akeef lagi tu. hehe

Akeef Jumpa Dinasour

Ari jumaat tu Baba & Mama Nuha dan Hana' datang rumah. Malam dah dia sampai. Nuha dan hana' datang sama. Saja datang jalan-jalan ziarah Akeef.

Pastu sabtu pagi-pagi lagi kita semua keluar naik kreta Baba Nuha ni. Besar kerete dia. bessstt.. bole lompat2 dalam tu.




Kita gi shopping kat Tesco Damansara. Akeef beli krete lagi dan bola ijau.


Pastu gi jauh lagi. Lama naik kreta Baba Nuha ni. Pastu baru sampai. Jauhnyee. Sampai2 ada dinasour.








Ni Abu Nuha, Ummu Nuha, Nuha dan Hana'. Hana' nak masuk mulut Dinasour tu. Baik-baik Hana', nanti dinosour tu telan.
























Aiseymennn.... Rupa-rupanya Dinasour ni depan school Akeef je. Tak la jauh sangat. Jalan kaki je dari school Akeef. Dekat sangat.

Ni la bangunan school Akeef. Ni bangunan Suruhanjaya Sekuriti. School Akeef kat tingkat bawah. nanti Akeef akan minta baba bawa kamera ambik gambar kat dalam school pulak.




Akeef vs Syamil

Ni gambar lama Akeef dengan Shamil. Waktu ni Akeef baru 5 bulan. Syamil dah 7 bulan kot.


Ni gambar terbaru Syamil. dia dah boleh berdiri dan jalan 2-3 langkah. ishhh ni Akeef tak sabar nak ikut jalan ni.
Blog Widget by LinkWithin