twitterAF

Akeef Balik Kampung

Hari tu akeef balik kampung. Akeef balik nga Mama dan Baba. Petang jumaat pukul 3 baru bertolak sebab pagi tu mama dan baba kerja.

Akeef hepi la nak balik kampung, sampai tertido. Lepas simpang Kuala Lipis tu, jalan jem teruk. Sampai kena berhenti terus. dah tu gelap pulak tu sebab dah masuk maghrib. Ada member baba bagi tau jalan jem sebab ada eksiden lori terbalik.

Baba ambik keputusan nak gi cari hotel di Kuala Lipis. Sampai Kuala Lipis, hotel semua penuh. Balik la ke Raub pulak. Nasib baik ada kosong lagi.





Ok la jugak hotel ni. Bilik pun besar jugak. Akeef terus tido je.





Esok pagi baru lepas mandi, baba bawa gi makan kat pekan Raub. Pastu baru bertolak balik kampung. yeyyyyyy...

Jalan dah clear, takde jem lagi. Sampai Gua Musang, baba tido dalam kereta, pastu sambung balik kampung. yahuuuuu...

Auntie Lia Kawin


Ari tu 31 Mei, mama dan baba bawa akeef gi kenduri kawin Untie Lia kat Mentakab. jauh jugak rumah Auntie Lia, nasib baik baba google dulu, senang sikit cari rumah Auntie Lia. Tok Bah dan Cik ikut konvoi sama. Kak Cik, Kak Teh, Kakak dan Kak Alia pun ikut sama naik kereta myvi mama. mama akeef tak tau drive, jadi, mama bagi myvi kat tok bah.

Sampai rumah Untie Lia, Majlis Akad baru mula. So, Akeef lepak2 la dulu sambil tengok2 majlis akad tu. Cantik je Auntie Lia.

Pastu Akeef makan2 dengan mama dan baba. Pastu Ada orang silat2, Akeef tengok je.

Pastu Akeef pun balik. Tu je cerita Auntie Lia kawin. Nak tau banyak2, tanya mama.

Lupa nak bagitau, Husband Untie Lia hensemmm... nama dia Uncle Faizul. Mama kata Uncle Faizul ni Ir. Akeef tak tau apa benda Ir ni. Nestum kot. Akeef tau makan je. hehe




i love u mama...



i love u mama...

Akeef Fawwaz!

Smile..

Akeef @ Langkawi



















































































Blog Widget by LinkWithin