twitterAF

Akeef @ Pantai Teluk Batik

Ni cerita Teluk Batik waktu jalan2 dengan Mama baba & Adik Aaiz dulu.

Teluk Batik ni duk kat Lumut, Perak. Kalau dari Ipoh lebih kurang 70km. Kalau drive cara Baba Akeef, rasanya dalam sejam setengah atau 2 jam baru sampai. Dengan Bandar Seri Manjung lebih kurang 10 minit je.

Teluk Batik dulunya dinamakan sebagai Teluk Batak. Kenapa Batak? Sebab ada kaitan dengan kaum Batak. Lepas tu 26 April 1974 nama Teluk Batak telah ditukar kepada Teluk Batik. Pantai yang terletak lebih kurang 6.5 kilometer daripada Bandar Lumut adalah sebuah destinasi pelancongan dan perkelahan yang ideal untuk dikunjungi kerana memiliki kemudahan-kemudahan istimewa yang diperlukan sebagai tempat pelancongan menarik. Akeef pun dah kali kedua datang sini. Dulu pun pernah datang sekali.

Pantainya yang panjang dan berlatar belakangkan hutan hujan tropika menarik hati sesiapa sahaja yang memandang. Banyak kemudahan disediakan di sini seperti chalet, gerai makan, tandas, tempat persalinan, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak.

Kawasan pantai ini dikelilingi oleh keindahan hutan hujan tropika yang merimbun di bukit-bukit yang terdapat di sekelilingnya. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah lebih kurang 60 ekar persegi manakala panjang pantainya adalah 1 km.

Sejarah Teluk Batik dikatakan bermula kedatangan kaum Batak dari Kepulauan Sumatera di Indonesia. Ceritanya bermula apabila pada zaman dahulu lanun-lanun dan perompak menjadikan perairan Selat Melaka tempat mereka merompak dan merampas hasil dagangan dan kepunyaan pemilik oaring-orang yang menggunakan laluan Selat Melaka tersebut. Ini tidak terkecualilah kaum Batak ini. Mereka menjadikan Teluk Batik yang ada sekarang tempat perlindungan daripada ancaman lanun dan perompak tersebut. Dari situ bermulalah penempatan kaum Batak dan tempat tersebut telah dipanggil Teluk Batak. Diberitahu oleh kebanyakan penduduk asal berhampiran (Kampung Teluk Muruk dan Kampung Padang Tembak) panggilan Teluk Batak kekal sehinggal awal 80an, selepas itu oleh kerana panggilan Teluk Batak tidak sedap didengar maka ianya telah ditukar dengan panggilan Teluk Batik. Panggilan nama Teluk Batik kekal sehingga sekarang. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah berukuran lebih kurang 60 ekar persegi.

Rasa macam ahli sejarah pulak ni. Anyway, ni gambar Akeef cuti kat Teluk Batik kali ni.

Akeef @ Pantai Teluk Batik, Lumut

Ni Akeef baru bangun tido. dalam kereta tadi Akeef tido, sedar-sedar dah sampai Teluk Batik.
Akeef @ Pantai Teluk Batik, Lumut

Akeef @ Pantai Teluk Batik, Lumut

Adik Aaiz, Mama dan Kak Cik pun join kita.
Akeef @ Pantai Teluk Batik, Lumut

Jalan-jalan kat tepi pantai sambil sembang dengan Baba.
Akeef @ Pantai Teluk Batik, Lumut

Mandi laut.
Akeef @ Pantai Teluk Batik, Lumut

Letih, Baba tido kat pantai.
Akeef @ Pantai Teluk Batik, Lumut
Blog Widget by LinkWithin